So-Holiday Part 1

Bismillahirrahmanirrahim.

*Staying up late. Hihohh

Am now at Kepala Batas, ikut ayah outstation. And semalam balik kampung. Yeah. Nak share story. Esp kat kakak I, Kak Izzah. :)

Kat kampung, biasalah~ Lawat tokwan. 
Tokwan.............susut. Tokwan taknak makan, tak lalu katanya.
Tokteh...... Terima kasih sangat sebab jaga tokwan, angkat tokwan, basuk kencing berak. Hebat. Susah nak jumpa adik yg sanggup jaga abg dia sampai mcm tu sekali. *I was touched. 

Sedih tengok tokwan. Lagi sedih, tokwan tak ingat Nani. Tym tu, dia tanya Zahin mana, Farid mana, sbb diorg baru dtg kemarin. Pastu tokteh bagitau diorg dah balik. 
Pastu mcm mana tah, tokteh tanya lah tokwan Nani anak sape, tokwan kata anak Huriyah. Anak wamama. It was sad, y'know~ Nani tahan je air mata tym tu, tokwan x ingat sangat dah. Ingatan tokwan takkuat dah. 

Petang tu, Nani, mak, ayah n tokteh bawak tokwan pegi Hospital Parit Buntar, tukar tube kencing tu. Tokteh hebat. Angkat tokwan ke wheelchair, angkat naik kereta. Hebat, kan? Ingat ringan ke tokwan tu walau keding?  
Pastu kat hospital tu, sembang2... pastu tokteh kata lah, susahnya nak jaga ni sbb kena angkut2 ni. Setakat basuh kencing berak takpe. but to me nak basuh berak pun dah @#$%^&

Pastu Nani rasa nak nangis sangat. Terbayang nanti mak ayah dah tua, Nani kena ambik alih tugas tokteh. Bukanlah ambik alih, tapi buat mcm tokteh. Tapi, tu yg Nani takut. Nani tak reti nak handle2 benda mcm tu. Nanti Nani tak handle mak ayah. Mak ayah mesti sedih dpt anak mcm ni. Tym tu rasa nak nangis sangat sangat. Pastu Nani kata kat mak, "Mak, mak sihatlah sampai tua, heh? Heh? Janganlah sakit~"
Pastu mak pandang tempat lain, pastu pndg muka Nani, gelak kecil. Taktau lah dlm hati mak mcm mana. Tapi, I really meant it. Nani taknak mak ayah sakit. 

And Nani takut jugak kalau mak ayah dah tua nanti, mak ayah lupa2 sikit, mak ayah lupa Nani mcm mana tokwan lupa Nani. Nani takut sangat. Ye lah, Nani ni kan bukannya anak solehah, mcm mana lah nak lekat kat ingatan mak ayah sampai mati. 

Lagi satu Nani takut, Nani takut Nani sendiri yg lupa kat mak ayah. Nani selalu doa kat Tuhan supaya berjaya. Pastu nanti kalau dah berjaya(inshaallah), Nani takut Nani jarang balik kmpg mcm mak ayah. Asal tokteh call kata tokwan muntah ke sakit perut ke, terus balik kampung. Nani takut kalau Nani takjadi mcm tu. Mesti mak ayah sedih. 

Sebelum kitorg moved dri rumah tokteh tu, ada sembang2 jap. Bukan jap lah sebenarnya. Lama gila.
Tokteh mentioned to me, "nanti hang dah besaq esok, mcm ni lah mak ayah Nani. Jaga depa taw! Jangan biaq depa sorang2. Lawat diorang selalu. Takleh lawat, call. Tanya khabar. Mak ayah taknak banyak. Depa nak anak cucu depa jaa. hang lawat sat pun takpa dah. Nanti carilah laki yg takkecoh pasal balik kampung."
Ayat last tu -,-
Tau tak? Tokteh siap kasi tips lagi nak cari suami yg baik ke apa tah. Pastu tokteh kata kena amik hati keluarga mertua sbb diorg keluarga kita jugak. Layan mak mertua dgn ayah mertua mcm mak ayah sendiri. Nanti kalau mak ayah kita dah takde, diorang boleh jadi mak ayah kita blablabla. Banyak lah yg tokteh cakap. Pheww. Penat kalau nak taip semua.

Okay. Tutup cerita kampung. 
Tadi kannnn, dari kampung nak ke Kepala Batas, hujan lebat sangat. Jalan selekoh2 pulak tu. Taknampak apa! Bila kilat pulak tetiba light ann, boleh buat cerita seram dohh. -.-

K ENOUGH

Sekarang kat Kepala Batas. Dok sini sampai Wednesday. Malam ni tgok MAMA. Hihihh.
Hotel ni takde kolam. Erghhh NO FUN! 
Tapi Nani mintak kat mak ayah bawak gi picnic nanti. Mwahahha. Mcm sempat je. Nani kata kat Bukit Merah pun jadilah. Hahah. Mak ayah gelak je dengar, takkasi respons. Tapi nak gi picnic!!!!!

Oh lupa nak mention, I sorang2 je balik kampung and pegi Kepala Batas, together with my parents. So, katil queen kat hotel I conquer. Kereta, bahagian tengah n belakang I conquer jugak. Muahahha. Am a conquer-queen :p 


K thanx sebab baca walaupun boring nak mati post ni.
Esok siang I post gamba hotel ;) Hihihh Lawo giloo, padahal free. Sebab pejabat ayah bayar. Hihihhh


TataTitiTutuLOVEYOU! <3
Assalamualaikum :)

Comments