120: Kembali

Tadi. nangis.
Lepas baca 1 blog tazkirah ni. Pasang lagu Sami Yusuf. Menyentuh hati. Mula sedar silap diri. Teruk kan manusia mcm saya? Senang2 je lupakan Tuhan pastu nak mintak ampun. Tapi orang kata Allah Maha Pengampun. Tapi kalau kita selalu lalai pastu mintak maaf berulang kali and ulang lagi kesalahan yg sama, rasa2 Allah ampunkan ke? Maaf lah kalau ayat ni ayat org jahil. Saya hanya mampu kata saya pandai kerana memilih Allah sebagai Tuhan n Islam sebagai agama yg sebenar-benarnya.



Tapi. Orang kata kalau dah sedar tu kita bagus. Kira bagus? Apa tu?
Kalau tym lalai kita sure mcm "Ohh. Ok"
Tapi bila dah sedar, rasa mcm bodoh sangat ayat tu. Kan?



Takpelah. Bukannya nak melalut. Nak ingatkan kepada anda anda yg baca, kita ni....... kena selalu berzikir, beristighfar, bertahmid, bertasbih mengingati Allah. Sebab dgn zikir2 tu kita tak lalai. Tu lah, saya pun sedar, lately kurg berzikir. Memang no wonder lah. And jgn lupa baca Al-Quran !



Sekian,
Assalamualaikum :)

p/s: Saya tak perfect. Saya tak alim. Saya tak arif. Tapi saya berkata-kata melalui apa yang saya rasa dan lihat melalui pengalaman saya. 

Comments