Tahap-tahap yang disediakan khas bagi umat Islam.

Assalamualaikum ^^

Post kali ni nak cerita ttg tahap2 beberapa perkara yang disediakan bagi umat Islam.

Tahap Keikhlasan(dalam melakukan sesuatu atau berdoa)
1. semata-mata kerana Allah.
Yang ni mmg super bagus lah. Apa2 pun yg dilakukan hanya kerana Allah semata-mata.
Ustaz ada ceritaaa, Rabiatul Adawiyyah. berdoa kepada Allah "Ya Allah, kalau aku doa untuk masuk syurga, maka haramkanlah aku dari syurga kalau aku doa untuk jauh dari neraka maka masukkanlah aku kedalamnya. Aku beribadah semata-mata keranaMu Ya Allah"
2. untuk dapat pahala.
3. Takut pada neraka.
4. Nak masuk syurga.
5. Nak kebaikan di dunia.
Yang ni mmg rendah sehabis rendah. Tapi, takbermakna takboleh kan?

Kesimpulan - Berdoa sahaja kepada Allah, nescaya Allah perkenankan.
Ada dalilnya...dalam surah................. Al-Mu'min, ayat 60. :)

Tahap2 bagi orang yang berpuasa.
Yang ni ada 3...'
1. Puasa al-umum.
Yang ni biasa2 lah. mmg umum. Mmg lah lengkap puasa tu, tapi...low-class lah ibadah kalau mcm ni.
Puasa ni, hanya menahan diri drpd makan dan minum dan kemaluan drpd memenuhi kehendak syahwat.
2. Puasa al-Khusus.
Yang ni  baik jugak lah.
Menahan diri drpd makan dan minum, menahan kemaluan drpd memenui kehendak syahwat serta menahan pancaindera dan tubuh badan drpd melakukan dosa. Puasa pada tahap ni akan cuba untuk melakukan amalan sunat untuk menambahkan lagi kualiti puasanya.
3. Puasa al-Khusus bil Khusus
Yang ni mmg sebaik mungkin laaaa. Menahan diri drpd makan&minum, and semua2 dri puasa al-Khusus , and ditambah lagi dgn menahan hati. Macam mana 'menahan hati' ni?
Menahan hati bermaksud menahan mental dan rohani drpd berkeinginan untuk melakukan dosa & memikirkan sesuatu selain drpd Allah secara total.

Jadi, kita ni kenalah ambik yang TERBAIK. iaitu yang ketigaa. :)

Hmm. Tu je nak kongsi.. Harap2 dapat diamalkan bagi mereka yang membaca.~ :)

Sekian, 
Wassalam

So, TataTitiTutuLOVEYOU !
Nanie 


Comments