Perkara-perkara yang 'Membatalkan' Pahala Puasa

Assalamualaikum :)

Ni.... nak kasi tazkirah. hikhik ^^

Haritu, Ustaz Mahadzir ada kasi tazkirah, waktu perhimpunan. Katanya, kita ni selalu focus kepada tak membatalkan puasa. Katanya lagi, kita perlu look forward kpd perkara2 yang 'membatalkan' pahala puasa jugak.

Dari hari tu lagi, asyik tertanya2 je apa tu perkara2 yang 'membatalkan' pahala puasa?

Ini lah hasil searches yang dijumpa dari wordpress:
http://soaljawab.wordpress.com/2009/08/26/perkara-yang-tidak-membatalkan-puasa-tetapi-mengurangkan-pahala-puasa/
Terima kasih. Semoga saudara yang menulis ni dikasihi Allah dan dicucuri rahmat-Nya apabila setiap seorang membaca post ni :)
___________________________________________________________________

Yang dimaksudkan dengan mengurangkan pahala puasa adalah tidak membatalkan puasa, tetapi puasanya sia-sia sahaja kerana perbuatan yang dilakukannya, bahkan dia akan diazab kerana perbuatannya. Oleh itu Nabi r telah memberitahu kita dalam sabdanya :
[ رب صائم ليس له من صيامه إلا الجوع و العطش ]
Maksudnya : ” Berapa banyak orang yang berpuasa, tiada apa dari puasanya melainkan menahan dari makan dan minum”. [Lihat Shahih Attarghib : 1076,1077]
Antaranya :
a. Kata-kata dusta
- Dari Abu Hurairah, telah berkata, Nabi r telah bersabda :
[ من لم يدع قول الزور و العمل به فليس لله عز وجل حاجة أن يدع طعامه و شرابه ]
Maksudnya : ” Barang sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta, dan tetap
mengamalkannya, maka Allah sekali-kali tidak berhajat (atas amalannya, meskipun) dia
meninggalkan makanannya serta minumannya “. [HR Al-Bukhari : 1804]
b. Perbuatan yang sia-sia dan keji
- Dari Abu Hurairah, telah berkata, Nabi r telah bersabda :
[ ليس الصيام من الأكل و الشراب، إنما الصيام من اللغو و الرفث، فإن سابّك أحد أو جهِل عليك، فقل : إني صائم، إني صائم ]
Maksudnya : ” Puasa itu tidaklah menahan makan dan minum semata-mata, tetapi puasa juga
adalah menahan dari perbuatan sia-sia dan keji. Jika ada orang mencela kamu, maka katakanlah : Aku berpuasa, aku berpuasa “. [HR Ibnu Khuzaimah : 1996][1]

[1] Sanadnya Shahih, diriwayatkan juga oleh Al-Hakim : 1/430-431.


Jadi, sama2 lah kita berusaha agar tidak tergolong dalam kelompok yang melakukan perkara2 di atas. Sedih sungguh kalau kualiti Ramadhan ni tak hebat. Hmm, saya pun mcm tu. Sedih.. :(


Sekian,
Wassalam

So, TataTitiTutuLOVEYOU !
Nanie 

Comments