Kisah Si Kasut dan Si Selipar

Kasut: Eh, selipar. Hodohnya kau. Dahlah murah. Tengok aku. Stailo lagik.
Selipar: Hmm.

Si Kasut mula gelisah apabila tidak mendapat sebarang reaksi daripada Si Selipar walaupun setelah mengutuknya.
Lalu Si Kasut mencuba lagi.

Kasut: Hoi, Selipar. Kau ni.. dah lah buruk. bising pula tu! Keletung keletang keletung keletang! Tengok aku. Colourful! Ada tali! Kau ada?
Selipar: Hmm.

Tiba-tiba, datang seorang anak kecil melihat sepasang kasut dan sepasang selipar. Si anak kecil itu mengambil Si Kasut dan dipakainya kerana rupa Si Kasut yang sangat cantik. Lalu dipakainya ke tandas dan dibasahinya. Rupa Si Kasut yang pada asalnya berseri, cantik, tegar, kukuh, sudah tiada lagi. Ia kelihatan lesu, buruk, lagi-lagi tidak selesa untuk dipakai.

Tak lama kemudian, seorang remaja datang menghampiri Si Selipar lalu memakainya untuk ke tandas dan dibasahinya. Rupa Si Selipar kekal begitu. Hodoh tak hodoh, itulah rupa Si Selipar.

Sedihlah Si Kasut apabila melihat tiada perubahan ke atas Si Selipar setelah dibasahinya. Lalu, Si Kasut berasa menyesal akan kata-katanya terhadap Si Selipar sebentar tadi. Si Kasut langsung memohon maaf kepada Si Selipar, namun Si Selipar tidak terasa dengan kata-kata Si Kasut walaupun kata-kata itu pahit untuk diterima.

Pengajaran:
1) Janganlah pandang seseorang / sesuatu melalui rupanya.
Tiap-tiap sesuatu itu pasti ada kelebihannya. Mungkin bukan pada rupa, tapi pada aspek yang lain. Ingatlah juga bahawa rupa itu tidak kekal - boleh cair dimamah asid, boleh rentung dibaham api, boleh reput ditelan bumi.

2) Janganlah meninggi diri kerana setiap manusia dianugerahi kelebihan dan juga keburukan. Dan sedarlah bahawa bila-bila masa sahaja Allah boleh menarik nikmat kita itu semula.

3) Janganlah memandang rendah dan menghina orang lain. Sedarlah, setiap manusia itu tidak sempurna. Apalah hak kita untuk mengutuk orang lain sedangkan kita juga boleh hangus rentung ditelan api.


4) Bermaaf-maafanlah sesama manusia. Tiada seorang pun yang terlepas daripada melakukan kesalahan. Ampunkanlah saudara kita. Mudah-mudahan, Allah mengampuni dosa kita juga.

5) Terimalah kepahitan yang datang dalam hidup kita kerana ia mungkin membawa kemanisan buat kita.


Keseluruhan artikel di atas merupakan hasil tulisan saya sendiri. 
Sebarang kesilapan atau kesilapan bahasa harap diampunkan. :)
Harap pengajaran yang boleh diambil akan disimpan menjadi peringatan.

Sekian, 
Wassalam.

So, TataTitiTutuLOVEYOU !
Nanie 

Comments