Feedback to Kem Soleh '11

Assalamualaikum :)


Alhamdulillah.
Minggu lepas, Kem Soleh berjaya diadakan dan telah berlngsung dengan jayanyaaa! :D
Semuanya hasil drpd titik peluh abg2 and kakak2 fasi. Terima kasih!! :D

Mcm mana pun, yang baik semua dtg drpd Allah dan yg buruk drpd kita sendiri.

So, tadi ada dpt kertas komen utk Kem Soleh ni.
Ada yg komen tak cukup tido la , makan xsedap la, fasi serius sgt la, apa la. MACAM2 LAH!

As for me, komen tak byk kot. Cuz kem ni best gila! And 'Refresh Iman' tu mmg betul2 refresh, alhamdulillah. Tym tu dpt lah nak tgok balik dosa kita kpd org sekeliling, esp parents.

TAPI
Ramai yang taksuka 1 part ni:
Jerit kat microphone.
Haha. Eden pung tak suko.

Well, abg fasi yg dihormati, kami ni bukan nya anak manja sgt, cumaaa..... tak  berapa suka apabila di-tarbiyyah dgn cara tengking2 gitu. Memang lah kalau berlembut takde sape nak dgr( yeke? I would je ). Tapi xbermakna dgn tengking2 tu people boleh approve. Entah2 lagi hamak taknak ikut.

Secondly, pasal komotkan kertas campak segala aktiviti tu.
"Campak benda2 lagha ni!"
Hmmm. Saya tulis, balik kampung lawat TOKWAN yg sakit. Lagha ke tu?
Kawan saya sorang ni pulak tulis jaga adik. Lagha ke tu?
Tu ok lagi. Mahunya ada yg tulis nak hafal Quran atau Juz' Amma? Lagha kee? Lagi teruk, dikomot2kannya perkataan al-Quran tu.
Conc: Tak semua org buat benda lagha tym weekends. Ade je yg berfaedah. Memang lah ada yg tgok wayang. Akk2 n abg2 fasi pun xkan lah takpernah tgok wayang. Menipu besar lah tu.
Pasal dating tu, memang setuju lah lagha. Bawak dosa lagik. But, kesian lah pada mereka2 yg tulis benda baik. Nak2 pulak kalau ada yg kata nak gi library, baca kitab mengenai Rasulullah ke. Nak dikomot perkataan Rasulullah tu? Tak tergamak..

Tu je lah komen saya . ^^
Overall, saya suuuuuuuuuuuka Kem Soleh.
Memang lah tidur lewat. But , apa beza kem ni dgn hari biasa kalau tidur mcm biasa? Kan? And apa lah salahnya bersempit-sempit kat musolla tu. Ngn kawan2 sendiri pulak tu. 1 Malam je pun. Takkan lah takboleh. PLKN nanti, elektrik belum tntu ada, dok lah 3 bulan kat situ. Lagi seksa, kalau yg setakat sempoi ni pun takboleh terima.

Pasal makanan. Kalau budak2 asrama logik lah TERIMA, Kami ni, budak luar dah biasa makan sedap2 XD Agak tak selesa lah. But, halohh, 2 hari je pun. No hal lah! ;)

Akhir kata,
Saya berharap agar saya, dan kawan2 saya akan mengamalkan apa yang telah diajar oleh akak2 dan abg2 fasi. Sebab, kalau kita amalkan, diorang akan dapat pahala. So, kita tolong diorang lah tu kiranya~ Apa lah salahnya tolong diorg setelah diorg susah payah tolong kita.. kan? ;)

Sekian, 
Wassalam.

So, TataTitiTutuLOVEYOU !
Nanie 

Comments